Penilaian Maxis Matematik & Sains ( Tingkatan 2,3, 4 & 5)

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019, telah berlangsungnya Penilaian e-kelas Matematik dan Sains Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Penilaian ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Kaedah yang sama bagi tingkatan 2 hingga tingkatan 5, penilaian subjek matematik dan sains dibuat melalui portal e-kelas secara online. Semasa sesi penilaian, peserta dipantau oleh staf Pusat Ekonomi Digital . Peserta perlu daftar masuk ke dalam portal dan membuat penilaian subjek yang telah disediakan di dalam portal. Setelah selesai menjawab soalan, peserta boleh melihat markah penilaian tersebut dan berpeluang memenangi hadiah menarik sekiranya peserta berjaya mendapatkan markah tertinggi untuk penilaian ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali